Friday, January 13, 2012

Rasa..

assalam wbt..

aku...
hari ini mungkin masih merasakan 'rasa' itu..
rasa yg telah hampir 2 tahun aku kuburkan..
rasa yang masih tersisa dalam karat2 kejahilan aku..
Ya Allah,bahawa betapa aku tahu itu adalah kerinduan aku pada kejahilan aku yg lalu..
Kenapa masih rasa itu bersisa di hati ini?
mengapa masih lemah hati ini menempis rasa itu..

Ya Allah..
Engkau Maha Tahu apa yang ade dalam setiap inci hatiku..
Engkau tahu betapa aku mencuba..mencuba dan terus mencuba..
rasa ini cuba aku abaikan
cuba aku kotorkan dengan rasa benci padanya..


Tapi..
kadang2 nafsu tu selalu melampaui aku...

selalu cuba menguasai iman aku yang senipis kulit bawang ini..
selalu membawa aku hanyut membayangi segala kejahilan lalu.
walau semanis mana pun kejahilan itu..walau seindah apa pun kejahilan itu, ia hanyalah kemanisan dunia yang sementara..
sementara cuma..


Ya Allah..sedarkanlah aku betapa sia-sianya 'rasa' ini..
betapa 'rasa' ini lah yang telah membawa aku kejurang kejahilan..
betapa rasa ini lah yang telah merosakkan hati aku,,
yang telah menutup hati ini dari segala rasa cinta kepadaMu..


maafkan aku Ya Allah..
aku yang khilaf selama ini.. 



No comments:

Post a Comment