Wednesday, December 14, 2011

bagaimana hati..

Assalam alaik wbt..


Duhai jiwa-jiwa yang tenang..kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang reda dan diredaiNya..


bila mana hati kian merasa gundah. 
keras. tiada rasa.
tika itulah jiwa kecil dalam hati suci itu meronta2..inginkan rasa manis iman itu. rasa manis ibadah itu. 
namun,pada siapa yang harus diminta.
hati ni sudah keras.
mahu dipinta pada yang satu tapi enggan.
lebih suka jika diri dibiar hanya begitu.
tapi kerna jiwa ini terus meronta..
kerna jiwa ini tahu..iman itu masih ada
berbaki cuma...mungkin..
kerna rasa iman yang berbaki itulah,pintu hati ini dikupil sedikit2..
dibiar hati ini berada dalam suasana islam itu..
dibiar hati ini merasa kasih sayang insan di sekeliling..tapi..sia2..


ehm!
dipaksa hati ini 
menanggislah duhai hati.
sudah kian lama setitis air mata tidak menitik kerna Dia.
tidak rindukah engkau pada Dia..
menanggislaah...
menanggislah..




bersyukurlah kerna Dia masih lagi memberimu secebis iman itu..








Sungguh.Allah itu Maha Penyayang kepadamu.. 4;29

Wednesday, March 9, 2011

Sajak Aminah Qutb Buat Bakal Suami

  Sekiranya kita cinta pada manusia,
tak semestinya manusia akan cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.
Sekiranya kita cinta pada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai,
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya pada Allah juga.
Ya Allah..
Andainya dia adalah jodoh yang telah Engkau tentukan kepadaku,
Maka..
Campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-Mu,

Namun,
Andai dia bukanlah jodoh yang ditetapkan Engkau untukku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian
yang Kau berikan kepadaku

Saturday, February 26, 2011

Apabila Allah Mencintai Kita




Dari Abu Hurairah RA, katanya : Rasulullah SAW bersabda : ''Sesungguhnya Allah Taala berfirman: ' Dan tidaklah seseorang hambaKu itu mendekat padaku pada sesuatu yang amat Aku cintai lebih daripada apabila dia melakukan apa-apa yang telah Ku wajibkan kepadanya. Dan tidaklah seseorang hambaKu itu mendekat padaKu dan melakukan hal-hal yang sunah sehingga akhirnya Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, Akulah telinganya yang ia gunakan untuk mendengar, Akulah matanya yang ia gunakan untuk melihat, Akulah tangannya yang ia gunakan untuk mengambil dan Akulah kakinya yang ia gunakan untuk berjalan. Andai kata ia meminta sesuatu kepadaKu, pastilah Ku berikan dan andai dia memohon pertolongan padaKu, pastilah Ku lindungi.  


Hadis Riwayat Bukhari

Friday, February 25, 2011

~Saat Kugapai KasihMu~



Saat kugapai kasih-MU
Barulah kutahu dalam diri ini
Ada sejuta keindahan yang belum kukenali
Andai lama dahulu kukenal diriku
Tidaklah aku menjadi hilang dan liar
Dan tersasar dari jalan-MU



Saat kugapai kasih-MU
Barulah kutahu betapa kerdilnya aku
Ketika tangan kutadah pasrah
Kalbu menanggis tanda bersalah
Jiwa merintih ingin berubah




Saat kugapai kasih-MU
Barulah kutahu betapa manisnya iman
Betapa indahnya akhlak mahmudah
Betapa syumulnya Islam
Yang dahulu tega kupersenda



Saat kugapai kasih-MU
Kuingin selalu bersama-MU
Mencapai makna hamba yang soleh
Mengecap nikmat beribadat
Siang, malam setiap detik
Jiwa raga kupersembah untuk-MU

YA ALLAH...





Thursday, February 24, 2011

BINALAH KEKUATAN HATI~

i) Mengamalkan Solat Dhuha Setiap Pagi

Sabdanya: Pada setiap anggota badan kita bolah membuat sedekah. kerna setiap tasbih sedekah,setiap tahmid sedekah, setiap tahlil sedekah, setiap takbir sedekah, menyuruh kepada kebaikan itu sedekah dan melarang kepada kejahatan itu juga sedekah. Dan memadailah menggantikan semua itu dengan dua rakaat solat pada waktu dhuha..


ii)Membaca Al-Quran Selepas Solat Subuh

Firman-Nya: Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam dan dirikanlah sembahyang subuh serta membaca Al-Quran (pada waktu tersebut). Sesungguhnya sembahyang subuh dan membaca Al-Quran pada waktu tersebut adalah disaksikan keistimewaannya.. (Al-Isra':78)

iii)Melazimi Solat Tahajjud Setiap Malam

Firman-Nya: Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam dan dirikanlah sembahyang tahajud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu. Semoga TUHANmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. (Al-Isra':79)


iv)Memakan kismis, kurma dan madu

Saidina Ali K.W berpesan : Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa.

Rasulullah bersabda: Barangsiapa meminum madu setiap bulan dengan niat mempraktikkan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya daripada 77 penyakit.


v)Zikrullah dengan lidah dan hati

Sesungguhnya ALLAH menyesatkan sesiapa Yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, iaitu orang yang beriman dan tenang hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah, dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang (Ar-Raad:27-28)


vi)Sentiasa beristighfar

Sabda Baginda: Iblis telah berkata: Demi kemuliaan dan kebesaran ENGKAU wahai TUHAN, aku tidak akan berhenti sejenak pun dari menggoda hamba-hambaMU, selagi nyawa mereka dikandung badan. Maka ALLAH SWT berfirman: Demi kemuliaan dan kebesaranKU, AKU akan terus mengampuni mereka selagi mereka memohon ampun kepadaKU.










petikan:KeranaMU aku berubah

Monday, January 31, 2011

KELEBIHAN SOLAT SUNAT DHUHA


Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).


Kelebihan Seorang Perempuan

  • Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali,
  • Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh,
  • Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat,
  • 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil,
  • Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. 
  • Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad. 
  • Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. 
  • Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. 
  • Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan 
  • wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut. 
  • Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. 
  • Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. 
  • Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. 
  • Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. 
  • Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka. 
  • Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. 
  • Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. 
  • Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. 
  • Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. 
  • Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. 
  • Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. 
  • Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa. 
  • Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. 
  • Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. 
  • Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. 
  • Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. 

Sunday, January 30, 2011

USIA MAKEN MENINGKAT!!!

Masa terus berjalan, sedar atau tidak, suka atau tidak, usia kita juga kian bertambah dari hari ke hari. Inilah ketentuan yang tertulis untuk kita sebagai makhluk yang dicipta olehNya. Bermula kita dari setitik mani yang bersatu dengan ovum, kemudian terhasillah segumpal darah, di balut tulang dan daging kemudian ditiup roh lalu lahirlah kita menjadi seorang bayi. Bermula kita meniarap, kemudian kita merangkak, bertatih kemudian kita berlari. Subhanallah, indahnya ciptaan Ilahi. Kita juga dibekalkan pula dengan akal dan naluri, ada perasaan, ada nafsu, ada cita-cita, ada kehendak. Maha suci Allah yang Maha Pencipta. 



"Dan tidakkah manusia memerhatikan bahwa Kami menciptakannya dari setitis mani.."~(36:77)


Waktu remaja yang ada nilah yg patot kita manfaatkan. erm,ad org ckp wktu skrg ni la kita patut blumba2 nk bwat kbaikan,nati ble dah berumur sket cm da mls nk bwat ni, bwt tu..sibuk dgn ni la, sibuk dgn tu la.. dan ada jgk org kte,wktu remaja nilah pnentu mse kte tue nati,.. kalau skrg kta dh mls nk bribadat,mls nk buat kje pape yg ptot,nati ble da tue lg lar mlas..lemah smgt lar..
so,,bg yg msih remaja,hargailah msa yg ada ni.. 


"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadat kepadaKu" (51;56)





satu titik permulaan..

salam~
titik permulaan bagi blog ana ni,..
ehm,akhirnya tdetik jgk hati ana untuk buat blog..
insyaAllah dgn adanya blog ni ana akan cuba share pape yang patot,,moga dpat mnfaat bg ssape yg singgah kt blog ana ni.. erm,ni sebenarnya da second time bwat blog tp blog yang dlu entah kt mne.. hehe..
InsyaAllah,untuk kali ni, ana akn usahakan yang terbaik untuk blog ni..

Moga ada yang sudi untuk singgah kt blog ana ni yang x brape mnarik sgt..